Pages

Saturday, July 31, 2010

~ very moist banana cake ~

plan asal nak wat kek pisang bercoklat. tp tengah2 duk siapkan bahan, tetiba kulihat tepung naik sendiri cam ada something je.. berbintik. agaknya dah expired kot. so, buang aje lah. dgn penuh kehampaan, gitau suami. dia pun mcm frust je. tp camne pun nak kena wat jgk kek. saya pun m'google la resipi kek pisang. so jumpa resipi kt blog uncle rozzan yg mna sesuai dgn bahan2 yg saya ada. tanpa berlengah terus cuba.




sgt sedaaaap! i likeeee! mmg kena ngn namanya, very2 moist! the best banana cake ever lah. saya sgt b'puas hati. lain kali bleh try buat lg.



Bahan-bahan :



250 g mentega
2 cawan gula (saya kurangkan )

4 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu besar susu cair
3 cawan pisang dilecek (xtau nma pisang yg saya itu)
2 cawan tepung ~ diayak (saya lebihkan sikit)
1 sudu kecil soda penaik
1 sudu kecil serbuk penaik
walnut, macadamia nut, pecan (xpakai pun,sbd xde)

Cara :


1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu per satu, esen vanila, susu dan garam.
3. Masukkan pisang yang telah dilecek ke dalam adunan.
4. Masukkan tepung dan kaup balikkan sehingga sebati.
5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C/ 350 F selama 1 jam.

**nanti nak kena lawat lg blog uncle rozzan ni. resipi dia nampak best2 je utk dicuba. credit to uncle!

Friday, July 30, 2010

~ yg mana satu ni?? ~

saya rasa serba salah.. tak tau nak buat yg mna satu dulu. semua saya nak buat. diorang pun dah lama beratur panjang.. tp saya tak tahu nak dahulukan yg mana hehe skrg saya sgt lega sbb dah boleh masak, dah tak alah pada bau-bauan di dapur itu.. jd tiba ujung minggu mcm ni, saya jd pening lalat tak tau nak masak apa sedangkan byk menu yg dah lama berserabut dlm kepala utk dimasak..macam2.

dah lama nak masak....

SOTO!
my gegirl @uni sgt suka makan soto. satu mangkuk dia sorang boleh abiskan b'banding ngn nasi. klu soto nasi impit 2 mmg sgt b'semangat dia makan. kami pun apalagi, seronok tgk dia berselera makan. sbb 2 saya b'cadang nak buat soto nih..

LAKSA SARAWAK!
oooh saya sgt rindu nak makan laksa sarawak yg berempah itu.. paste laksa yg k.za pos aritu pun masih ada. tarikh expired pun lambat lg.. tekak nih terasa lama benar tak jamu ngn laksa yg unik dan best itu.

NASI DAGANG!
nasi dagang mmg best.. tp nak cari nasi dagang yg best kat jitra ni mmg susah. jd, saya teringat2 nasi dagang buatan air tangan ma di kampung yg diganding dgn acar timun+kobis+karot buatan saya hehe last cuti kt kampung aritu mak mertua masakkan nasi dagang.. tp versi Terengganu punya lah. aritu saya ada bawak 2 bgkus beras nasi dagang. masih kemas b'bungkus dlm plastik elok je.. part paling malas ialah nak mengukus nasi 2.. sbb 2 lah masih tertangguh lg.. nak kena cari masa yg betul2 sesuai. tp ptg semalam saya dah beli ikan tongkol, siap rebus dh pun.. hehe dah tak lama la 2 leh makan nasi dagang ni..

CHICKEN CHOP!
wah! western la plk.. hehe mmg dah lama bercita2 nak jamu tekak ngn c/chop buatan sendiri. resipi sos lada itam yg saya google lama dulu pun dah basi agaknya..

KEK PISANG B'COKLAT!mmg dah plan nak buat pg ni.. suami sgt gemar makan kek nih. pisang dr minggu sudah lg beli. tup tup bukak peti ais, telur ada 3biji je.. terpaksa tunda lagi. klu rajin malam nih saya buat.

itu yang saya senaraikan kt sini, yg dalam kepala ni byk lg.. besar betul nafsu makan sekarang nih. tubuh saya pun rasa mcm dipam2 je sejak lalu makan nih.. 3bln peknen dah 64kg, lg 3,4bulan camnelah agaknya ye? mm tunggu dan lihat.

Thursday, July 22, 2010

~ jgn merungut!!!!!! ~

Antara patah kata yg diucapkan oleh pentazkirah ( big boss sndiri ) pagi tadi.. tp mulut saya tak boleh nak elak.. jd merungut jgk.. bkn tak ikhlas buat keje, cuma saya merungut sbb tak mampu nak siapkan keje yg datang bertimbun2.. saya sangat letih.. tubuh rasa semacam je.. rsa berdosa tak dapat jalankan t/jwab terutama t/jwb kpd anak2 didik..



Semalam meeting abis kul6.30 ptg. T’kejar2 solat asar kt blik guru. Kebetulan suami dah tunggu lama, mintak dia temankan saya sbb takut.. sunyi je sorang2. Pastu, cepat2 pi ambik @uni dan mintak maaf kt pengasuh sbb akhir2 ni selalu je lewat petang ambik @uni. Nak balik masak utk berbuka konfem dah tak sempat, jd suami syor b’buka kt restoran Bunga Naga kt Lubuk Batu, Jln. Wang Tepus. mmg 2 tempat peberet kalau nak makan asam pedas.



Jd, utk berbuka mlm td kami order lauk wajib bg kami setiap kali ke sana iaitu asam pedas jenahak dan kerabu mangga. Pastu utk lain2 lauk, suami pilih ayam goreng biji gajus. Dia penah order dulu, katanya sedap.. sejak peknen ni, tekak saya tak leh nak terima sangat lauk2 ayam ni.. jd saya pilih udang sambal petai.. alhamdullah, mmg puas hati makan.. sedikit lauk pun tak berbaki.. suami sampai tambah nasi lagi.. saya cukup sepinggan je, tp kenyang sungguh..

balik2 2.. lepas solat semua, kami 3 beranak tertidur keletihan. saya skrg mmg lemah semangat dan sgt tak bersemangat.. banyak benda yg sudah terabai.. ya Allha, cekalkan lah hati dan semangat hambaMu ini..

Saturday, July 17, 2010

~ tanpa tajuk ~

keinginan utk menulis 2 ada, nak kata xcukup masa,ada... tp mood yg xmenentu menyebabkan saya jd malas.. kerja yg xpernah abis, rasa penat boleh buat saya ilang mood hatta utk mengONkan laptop dan suft tenet nih.. xmcm dulu lah. crita ada, tp idea utk menulis pun sudah zero. tp pg nih rasa cam rajin sikit...

alhamdulillah, sepeninggalan en.suami selama 3,4hari yg pegi berkursus saya dapat lalui hari2 tersebut dgn jayanya walaupun agak penat.. mujurlah rasa mual2 saya sudah semakin hilang.. pagi2, terpaksa turun naik tangga hantar barang2 saya dan @uni ke kereta. pastu naik lg utk ambik si kecik itu yg masih lena dibuai mimpi. mujur saya xpernah lewat sampai ke skolah. masa suami xde, @uni pun ok je.. xde lah buat perangai ngn masalah tidur lewatnya itu.. saya pun sgt senang hati dapat tidur seawal jam 12tgh mlm dan bangun tanpa rasa mengantuk..

3,4 ari lepas 2 jgk la keinginan saya utk mkn mi kari membuak2.. ni kes kak ros punya pasal la.. ada aritu sekali, suami ronda satu Jitra cari mi kari utk saya.. tp xada.. tahan je lah. ni dah pasang tekad, bila suami balik saya akan mask sendiri mi kari itu. so, inilah hasilnya..


tp kurang 1 bhn iaitu tauhu kering, puas saya cari tp xjumpa. kul12 mlm baru dapat rasa mi kari. sbbnya, abis masak je saya rasa penat teramat, rasa kenyang dan xlalu nak makan. mintak suami mkn dulu tak perlu tunggu saya. dia cakap dia nak mkn sama2 dan akan makan bila saya dah sedia utk makan.. tunggu punya tunggu, masuk je tgh mlm baru tekak saya sedia utk merasa mi kari..



Thursday, July 1, 2010

~ dah basi dah ~

hehe mmg dah basi dan berkulat2 dah agaknya.. tp mlm ni dgn mood yg tak sberapa nih, gagah jgk nak post entri kat sini. critanya masa minggu ke2 cuti sekolah aritu.. rasa mcm dah lama sgt2 dah pun berlalu.. yg best masa cuti aritu, dpt kumpul dan jumpa semua adik-beradikdan ank2 sedara. bkn senang nak cukup semua.. klu time raya, yg sana balik, yg sini x balik..
ni alhamdulillah semua skali ada.. ini pun sbb adik bongsu kawin.. umur muda lg, baru 21thn dah gatal nak kawen.. perangai pun mcm bdk2 lg.. isteri dia pun muka mcm bdk form3 je hehe ape pun semoga bahagia selalu dan dapat mengharungi cabaran alam rumahtangga dengan jayanya



crita ke-2 plk : hehe 1st time pi Htan Lipur Sekayu.. lawak plk rasanya, pdhal xjauh mna pun dr umah suami. suami plk, penah pi dulu2 je masa zaman kanak2 ribena lg hehe pegi ni pun dlm keadaan tak rancang. tiba2 je,terkeluar dr mulut suami mlm sebelum 2.. jd kalut2 la pegi sana. tu pun dh lewat, ari Jumaat plk 2. bergegas plk balik,nak kejar solat Jumat.mmg xpuas main air, terutamanya @uni. rsanya dia yg paling sronok aritu.acah je naak bawak naik, terus nangis2..



satu2 nya undangan majlis kahwin kawan2 yg dapat saya penuhi ialah rakan baik dgn kata lain satu geng masa skolah rendah ialah Nik Mohd Nasrun dan isteri. skrg ni semua dah berumahtangga, kecuali Zaid dan Amir hehe