Pages

Friday, June 4, 2010

~ buah setul ~



kenal tak ngn buah ni?? klu belah utara diorang sebut buah setui.. saya pun tak tahu nama rasmi bg buah setul ni.. dulu-dulu,belakang dapur rumah saya di kampung, ada dua batang besar,rendang dan tinggi pokok setul nih.. tp sekarang dah tak de.. dah lama kena tebang.. buahnya sgt lebat mmg tak abis nak makan. saya suka makan kulitnya yg tebal itu cecah ngn cuka+kicap+garam+gula+belacan+cili padi... uuuih sgt sedap. kadang2 wat jeruk,rendam air garam.. dan yg specialnya ma akan masak gulai kuning ikan ngn kulit buah setul 2.

kelmarin, rakan sekerja bagi buah setul jeruk dan yg masih belum dijeruk.. jd, keinginan saya utk wat gulai ikan campur kulit setul sgt m'buak2.. dah bertahun2 lamanya tak makan menu yg  menggamit memori itu.. sbb terlalu nak makan, saya gagahkan diri utk masak setelah hampir sebulan saya meninggalkan aktiviti masak-memasak itu.. pagi2 lg suami pi pasar beli ikan.. dan pagi2 td juga saya tepon ma, tanya camne nak masak gulai tu..


inilah dia gulai ikan tu.. alhamdulillah, sungguh berselera makan nasi td.. tak jamah dah lauk lain. suami pulak tak biasa makan,jd dia ambik ikan dan kuah je.



No comments: