Pages

Wednesday, May 5, 2010

~ rojak ayam ~

balik sekolah petang kelmarin wat rojak ayam ni.. walau kepenatan, saya gagahkan diri jgk untuk buat kuah kacang sbb tersangat lah rasa nak makan. part paling malas ialah, nak asingkan selaput kulit kacang 2.. sebenarnya bahan2 dah sedia ada, sbb dr aritu lg bercadang nak buat rojak ni. plk 2 tak pernah saya jumpa rojak ayam kt kedai2 di sini.. pasembor byk la kan..
kalau yg dah biasa makan rojak ayam, mesti semua dah tahu bahan2 yg di makan ngn kuah kacang pekat tu.. mi kuning, ayam, tauhu, kentang rebus, timun batang, tauhu, telur rebus, daun salad... ada jgk yg letak nugget dan bebola goreng.. macam2 la, ikut tekak masing2 kan..

sangat penat malam td... sampai lah tulang rasa sengal2, kepala bertambah sakit dan badan saya panas.. demam rupanya.. so, arini saya bercuti di rumah je.. pi klinik dan ambik mc.

No comments: