Pages

Saturday, April 10, 2010

~ tart telur ~

akhirnya..saya dengan selamatnya telah merasmikan bekas tart yg setelah sekian lama b'balut dlm plastik utk digunakan mlm td hehe dah lama sgt2 mengidam nak mkn tart telur yg dibuat sendiri mlm td saya gagahkan diri utk m'cuba. pulak 2 jeles tengok zatul dah 2x buat tart telur nih hehehe

alhamdulillah,hasilnya tidak m'hampakan walaupun saya masih tidak b'puas hati ngn crustnya itu.. rasanya dah ok, rapuh.. tp comot ada yg tebal dan nipis. lain kali saya harus cuba adunan crust tanpa serbuk penaik, mungkin senang utk saya selaraskan ketebalan itu punya crust hehe

bhn2 crust :
2cwn gandum
1/4 cwn gula halus
1/2 cwn butter ( saya ganti ngn Planta )
1/2 sudu teh baking powder
secubit garam
2 biji telur
**gaul semua bahan kecuali telur sampai betul2 sebati. last skali masukkan telur,uli sampai menjadi doh. tambah tepung, kalau doh 2 masih melekat2.
bhn2 filling :
1 cwn susu cair
1 cwn air
4 biji telur
1 cwn gula halus (sila kurangkan,manis sgt)
1 sudu besar kastard
esen vanilla
**campur semua bahan, kacau hingga sebati
*
*
*
kemudian bleh lah canaikan doh td dan letak dlm bekas tart. jgn tebal2, nanti crust 2 akan naik. takut filling akan melimpah keluar plk. pastu cucuk2 kan bhgn bwh crust ngn garpu utk mengelakkan ia m'gelembung ktk dibakar. pastu tuangkan filling dan bolehlah dibakar. saya guna suhu 160 je..dlm15minit dh masak..



No comments: