Pages

Tuesday, April 13, 2010

~nasi lemak~

percaya atau tidak, sepanjang saya b'gelar seorang isteri ini lah pertama kalinya saya masak nasi lemak hehe masa bujang dulu2 pun, penah ke saya masak nasi lemak ye??? klau ada pun, mugkin tak lebih 3x seumur idup saya, masak nasi lemak... sbbnya??? saya tak pandai buat sambal bilis yang sedap.. macam kat kedai atau mcm yg mak saya masak..

mmm teringat nasi lemak panas yg dijual kt pasar malam Pantai Dalam.. dekat ngn tempat kami menyewa zaman belajar dulu2.. saya sgt suka lauknya iaitu paru yang digoreng nipis dan kentang + tempe yang digoreng garing b'salut lada.. mmm sedapnya kalau saya dapat menikmatinya lg.



inilah dia nasi lemak yang saya masak semalam.. hehe camna nak kurus nih?? lauk plk mcm2 ada, lebih dr nasi. ayam goreng berempah, sambal sardin, telur rebus, tempe+kentang goreng, bilis goreng dan kangkung celur .. walaupun nasi lemak saya tak sesedap yang dijual kt kedai, tp saya sangat gembira dapat mengenyangkan perut2 org yang saya sayangi dengan air tangan sendiri;)

No comments: