Pages

Friday, March 26, 2010

~FACE EXPRESSIONS CONTEST~

FACE EXPRESSIONS CONTEST
(HAPPY/ANGRY/SAD/FUNNY/CUTE)

tarikh tutup penyertaan : 5-5-2010
hadiah menarik tajaan Mamanazashop dan Nazrirevellshop menanti para pemenang yang bertuah.. jd cepat2 lah kira ramaikan penyertaan ye
berminat untuk join???

gambar yg dipertaruhkan ialah
nama : Nur Auni Humaira' binti Mohd Farid Hafidz
DOB : 18-12-2008
umur skrg 1thn 3bln 1minggu
~ riak wajah @uni yg tak berapa nak happy dan boring sgt2 duk lama dalam kereta  sbb jalan jam teruk. dah lah..masa tido @uni pun asyik diganggu je;)ni, masa bercuti kt Cameron Highland beberapa minggu yg lepas~

Thursday, March 25, 2010

cabutan bertuah mybabyshoponline

jom beramai2 join contest ni

mudah jer nak join contest ni....

so guys...syarat2 untuk menjoinkan diri untuk Cabutan Bertuah adalah :
1) Terbuka kepada semua bloggers tak kira lelaki ke perempuan;
2) Buat 1 entry khas bertajuk Cabutan Bertuah MYBABYSHOPONLINE;
3) letak banner di side bar anda dan link kan ke thread ni
4) Mestilah dan wajib jadi follower 2 blog ini http://mybabyshoponline.blogspot.com dan http://permatabonda08.blogspot.com/ (sebab nak bagi hadiah untuk follower kan);
5) Tarikh tutup adalah 04 aPRIL 2010, jam 1.00 am);
6) Letakkan Nama anda di sini (ruangan komen), dan bagi link direct ke entry yang telah anda buat......

jadi, apa tunggu lagi...sila berikan nama dan link direct ke entry ini dgn SEGERA.

Friday, March 19, 2010

~ naik feri ~


hehehe mmg dah lama sgt xnaik feri kt Penang nih.. feri yg besar leh muat kereta skali 2 lah, feri yg wat ulang alik orang2 dr jeti Butterworth ke Georgetown dan sebaliknya. rasanya last naik feri kt sini, zaman skolah menengah dulu kot hehe pastu guna jambatan dan bayar tol yg rm7 2 klu xsilap.. rm7 kan kan kaaan??
14hb slepas m'hadiri kenduri kawen adik kpd suami kakak yg ke3 kt Balik Pulau, my abg Udin ajak naik feri utk balik ke Butterworth dan seterusnya meruskan p'jalanan kami utk balik kampung ke Kelate..




budak kecik yg sgt gembira kena angin laut

Thursday, March 18, 2010

~cuti jalan2 : taiping + kuala sepetang

sebenarnya dh penah tulis entri ni..tp xsempat nak publish, line tenet putus..abis ilang semua.. ntah arini mcm rasa rajin pulak nak ulang tulis..
28-02-2010 : jam 8.30 pg lebih kurang lah.. kami check out dr Ipoh Times Inn Hotel ( hotel budget je,tp ok lahh ), singgah sarapan kejap dan terus bertolak menuju ke Taiping.. ni dia lah tempat utama yg kami nakgi sebenarnya..

tp xsyok sgt aritu ronda2 zoo, sbb cuaca yg teramat panas ditambah ngn kelenguhan m'dukung @uni, pastu klu kasi dia jalan sendiri siap kena kejar lg.. susah betol xbawak stroler. jd, gambar pun xbyk yg kami ambik utk buat kenangan..
*
*
*
otw ke Taiping, sampai aje kt simpang 4.. tuan punya mata nih terpandang s/board ke Kuala Sepetang. ape lg, tetiba je terlintas kt mee udang yg sgt t'kenal jgk la kan kt area tuh.. dlm tv pon slalu je ada. jd, balik dr zoo kami b'gerak lg ke Kuala Sepetang utk merasa mee udang.. alang2 dah sampi sini, pergi aje lah...

pokok bakau kiri kanan jalan.. awal2 masuk simpang ke sana dah nampak s/b "mee udang Mak Jah".. byk kali pulak s/b yg promo mee udang Mak Jah 2.. mgkin best kot dia punya mee banjir udang 2.. tp saya pulak duk mencari2 gerai mee udang yg saya penah tengok lama dulu kt Majalah Tiga. seingat saya nama gerai tuh dinamakan ngn nama seorang pak cik.. hehe dah ingat2 lupa pun.. dan mmg gerai tuh kami langsung xnampak bayang. last skali singgah je kt warung mee udang Mak Jah.. xsilap warung 2 t'letak kat Kampung Menteri,K. Sepetang.. ramai sungguh orang yg singgah mkn kat sini.. kereta pun berderet je kt tepi jalan.

hehehe nak tau brapa harga mee banjir udang semangkuk nih? ni yg spesel punya.. pelayan kedai 2 cakap yg biasa dh abis.. yg spesel rm11 dan yg bese je harganya rm7. mahal je bunyi nya kan?? tp udangnya byk ekor tau, besar2 dan segar2.. klu yg jenis xb'kira, mesti cakap harganya mmg berbaloi.. ok lah 2. masa tengah makan 2,terpandang keratan2 akhbar kt dinding warung mengenai mee udang Mak Jah ni.. ooo dah masuk paper, dah femes harganya pun standard la kan;)

Saturday, March 6, 2010

~puding roti koktel~

skrg ni tak rajin sgt nak masak, walau masak je pun hari2 hehe ni wat puding roti pun sbb kesian dan rasa b'salah tengok roti yg dh hampir expired kt dlm peti sejuk tuh. jd td selongkar la blog kak ummi cari resipi. sbelum ni slalu je wat puding roti resipi sendiri yg ikut suka je.. tetiba t'tengok puding roti laici kak ummi.. lepas puas tilik, mcm best je. cuma dalam kepala dah b'kira2 nak ubahsuai sbb laici dlm tin xde.. yg ada cuma ayam brand fruit cocktail je.. sbb 2 dinamakan resipi nih puding roti koktel hehe


mmg sedap.. basah2 lembut je.. makan camtu aje tanpa sos karamel coz siap tambah sukatan gula bg manis. xdan nak sejukkan dlm peti ais pun

Friday, March 5, 2010

~cuti jalan2 : cameron higland ( 2 )


27-02-2010 >> hari ke 2 kat Brinchang. kali dah plan plg lewat kul9 pagi kami dah nak kuar jalan2. tp malangnya.. dan sungguh malang sekali air xde!!!!dah la bilik xde interkom ape, pkai anset je call kaunter bawah.nak tanya pe kes nih air xdok. punya lah byk kali call, kemain susah nak jwb. dah jwab pun but no action!!! kemain kita tunggu,kot2 nak soh tukar bilik ke, nak wat naik air ke hehe last skali tepon lg, p'jga kaunter 2 soh kami turun mandi kt bilik bwah. trun mandi je,bkn tukar bilik..akhirnya dlm kul10.30 jgk la baru leh kuar..kami check out terus. slps sarapan, tempat pertama yg kami tuju ialah Tanah Rata.. kelmarin ujan, pg ni cuaca pun ok je walau nampak sikit awan mendung.

pastu patah balik ke Brinchang coz nakg ke Cactus Valley, tp punya lah ramai orang parking pun dah penuh. cancel je masuk sana.
@Fragrance Nursery


@ Cactus Point

@ Butterfly Farm
@uni yg t'tido..kemain susah nak kejut dia.

mcm xbyk je rama2 yg ada..byk yg dh mati


@ Rose Valley




masa kt Rose Valley ni xbrape sronok sbb @uni sgt moody dan sgt tdk sporting. gambar kami b'3 pun xmenjadi coz dia asyik merengek2 je. ni semua kes tidonya diganggu hehe baru je t'lelap atas keta, terus kena kejut hehe
@Sg. Palas Boh Plantation






our last point>>kt sg.palas 2 lah... then terus turun balik.dlm kul6 ptg, sampai Ipoh. singgah solat kt Masjid Negeri dan sambung p'jalanan cari tempat penginapan utk kami tido mlm ni sbb cadangnya esok hari kami nak ke Taiping..

Wednesday, March 3, 2010

~cuti jalan2 : cameron highland~

wow sronok sgt dapat pi jalan2 mkan angin nih.. nilah p'cutian singkat kali pertama buat kami b'tiga.. slalunya pantang ada cuti walaupun 2,3hari pasti kami balik kampung aje.. kali ni dpt cuti 3 hari sempena ngn sambutan maulidur rasul, kami duk rancang2 nakgi bercuti samada ke Pulau Langkawi ( huhuu saya xpenah sampai lg pun ) atau ke Cameron Highland..fikir punya fikir,kami wat keputusan nak naik ke Cameron Highland je.. en.Apih xpenah sampai sana, saya plk 1st sampai sna msa awal2 belajar kt umkl dulu.. 2pun pegi sna utk subjek PJK hehe lama benar dah..agak2nya dh 8thn kot..

26-02-2010>> awal2 pg sbelum masuk waktu subuh,kami dh b'tolak..saya jd pemandu haram drive kereta sampai ke hentian Gurun dan solat subuh kt sana. 7.20pg, kami teruskan p'jalanan.pemandu berlesen plk amik alih.. dlm hati nak cepat2 je sampai. pastu stop lg kt hentian sebelah bukit gantang utk sarapan..pastu jalan lg sehingga la kami menyusur keluar melalui tol simpang pulai..ntah mcm mana leh terlepas pandang simpang ke CH 2.. kami terlajak hampir sampai ke Ipoh.. stop tnya arah. sah kami t'sesat dan t'paksa patah balik...
akhirnya..tepat kul12 tghari, sampai lah kami kt depan hotel Chua Gin di Brinchang.. hehe rupanya saya menginap kt sebelah hotel Green Garden tempat yg saya penah menginap dulu.. tetiba kenangan ngn teman PJK dtg b'tandang.. klu xsalah saya berkongsi bilik ngn cikDBA,ana,ayu dan kak mus (^-^)

lepas check in, terus panjat tangga masuk bilik.. nak patah pinggang rasanya, nasib xbaik bilik kt tingkat paling atas. rehat2 kejap... tetiba je kulihat awan mendung hitam berarak menyambut kedatangan kami.. ape lg, hujan lebat sungguh.. hancur angan2 nak kuar jln2..

ape pun dh nak hampir kul3 kami keluar jgk sbb perut dh lapar.en.Apih minta tunjukkan dia jalan ke Tanah Rata utk makan kat sana je. dan mcm nilah keadaan jalan sepanjang nak turun ke Tanah Rata


singgah mkn kt Marry Brown..

then patah balik ke Brinchang..ujan pun dah renyai2 msa nih.. saya plk yg jd tukang syor tempat utk en.Apih.. 1st skali, nakgi ke Butterfly farm.. ntah camne boleh xjumpa, pdhal rasanya kt tepi jln utama 2 je.. mmg xnampak langsung petunjuk ke farm 2.. waktu petang plk makin singkat,last skali pusing balik ajak en.Apih pi Cactus Valley plk.. kot2 tempat 2 masih cantik mcm dulu.. saya dah b'angan2 nak lawat kembali tempat 2.. tp terlajak parking ke atas kt The Big Red Stawberry Farm.duduk plk berjiran, tp jlnnya sempit..mlas plk nak turun ke CV tuh..jd wat keputusan nak lawat cv esok pg je.. jd kami abiskan masa kt strawberry farm 2 aje lah



buah strawberi xbanyak pun..mgkin sbb dah byk kena petik.. sayur bykla..

 dua beranak yg keletihan..
sambil 2 saya sempat google2 cari tempat utk dilawati esok hari. yg penting jgk cari maps dan jln nak ke ladang tea boh kat sg. Palas sbb saya dah lupa dan xingat lgsung jln ke sana ok, cerita kt Cameron ni tak abis lg..tp idea sy dah kering.. tak mampu nak mengarang lg. nanti saya sambung lain je hehe

~PURE MEDITERRANEAN PERFUMES~

Memperkenalkan "Pure Mediterranean Perfumes" produk terhangat pada tahun 2009 yang dicetuskan oleh Enigma Tech sebuah entiti perniagaan yang berjaya didalam bidang kecantikan. Produk ini merupakan pati minyak wangi tulen yang diimport khas bagi menepati citarasa haruman yang anda kehendaki. "Pure Mediterranean Perfumes" didatangkan secara eksklusif bagi memberikan anda alternatif untuk sentiasa diharumi dengan rumusan bau-bauan pati minyak wangi yang berkonsepkan 'Long Lasting Fragrances'.
Sebab-sebab mengapa anda harus memiliki 'Pure Mediterranean Perfumes' :-

  • Produk ini dikompilasikan dengan 4 jenis haruman yang berlainan dan disesuaikan mengikut gender si pemakai.
  • Diilhamkan dari senarai minyak wangi jenama terkenal seperti Dunhill, Ralph Laurent, Hugo Boss dan lain-lain tentunya memberikan anda kepuasan sepenuhnya.
  • 'Pure Mediterranean Perfumes' tidak mempunyai alkohol dan ianya amat sesuai bagi pengguna Muslim.
  • Ianya semata-mata pati dan tiada campuran air ataupun 'White Oil'.
  • Sesuai dijadikan cenderahati atau hadiah buat yang tersayang.
  • Sungguh Murah!Tiada tandingan! Sekotak hanya RM28 sahaja!
PURE MEDITERRANEAN PERFUMES BLACK SET RM28.00 (SM) RM32.00 (SS)
(for MAN)
PERFUME 1- Inspired by CALVIN KLEIN-ETERNITY 3 ml
PERFUME 2- Inspired by DUNHILL-DESIRE BLUE 3 ml
PERFUME 3- Inspired by RALPH LAUREN-POLO SPORT 3 ml
PERFUME 4- Inspired by HUGO BOSS- NO 6 3 ml
PURE GOLD SET RM28.00 (SM) RM32.00 (SS)
( for WOMAN )
PERFUME 1 - Inspired by SALVATORE FERRAGAMO - INCANTO SHINE 3 ml
PERFUME 2 - Inspired by RALPH LAUREN - RALPH 3 ml
PERFUME 3 - Inspired by LANCOME - HYPNOSE 3 ml
PERFUME 4 - Inspired by CACHAREL - AMOR AMOR 3 ml
PURE MEDITERRANEAN PERFUMES RED SET RM28.00 (SM) RM32.00 (SS)
( for WOMAN )
PERFUME 1- Inspired by BRITNEY SPEARS - FANTASY 3ml
PERFUME 2- Inspired by PARIS HILTON - PARIS HILTON 3ml
PERFUME 3- Inspired by JENNIFER LOPEZ - LIVE 3ml
PERFUME 4- Inspired by DKNY - BE DELICIOUS 3ml

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN PERFUMES INI BOLEH MENGHUBUNGI TALIAN 012-9597791 - FARID ( call & sms ) / emel : farid_hafidz@yahoo.com
atau boleh tinggalkan pesanan terus di blog ini.
KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA
DEALER sangat2 dialukan,boleh dapat dengan harga yg lebih murah.

Tuesday, March 2, 2010

~teringiiiin nak mkn~

sesungguhnya...tringiiin sgt2 nak mkn sosej
satu masa dulu, mmg jd slh satu mkanan peberet
masih ingat lg,zaman blajar kt umnp
sbb duk asrama,mlm2 perut sentiasa lapar
slalu aje beli roti sosej yg "anak Ganu" jual
klu xsilap,penah tengok roomate cikDBA buat
rebus sosej dlm cerek je..hehe ingat lg ko cik DBA?
*
*
pastu masa duk kt umkl ( lupa masa 2 tahun bila )
STOP terus mkn sosej..
sbbnya, waktu mula2 timbul isu mkanan halal haram
termasuk yg sensasi masa 2 ialah sosej
oooh..tetiba je tekak jd xleh nak telan
tengok aje sosej, teringat yg haram 2 aje
tekak jd loya, geli geleman
*
*
klu wat pizza, awl2 lg dah asing.. yg ada sosej en.Apih pny
tp akhir2 ni, tringin je nak makan
lbh2 lg klu tengok je en.Apih makan
penah jg cuba nak rasa frankfurter ayam ayamas
yg en.Apih siap hidang, tp bila angkat je ke mulut...
mmmmm..xboleh jgkkkk..letak balik


pastu, 3minggu lepas mintak en.Apih belikan sosej ayam organik ( ayam radix ) keluaran HPA. mcm yakin je boleh makan, sbb betul2 yakin ngn produk nih.. dgn penuh yakin jgk utk nikmati sosej yg dah lama ditinggalkan nih, goreng la 2btg.. cnfirm mampu dihabiskan.. eeergh, rasa mcm menempuh onak duri je nak gigit dan telan sosej nih.. paksa2 jgk sosej 2 melalui anak tekak.. akhirnya b'jaya abiskan sebatang aje... teriiingin nak makan, tp setakat 2 jela...