Pages

Monday, September 6, 2010

~ dah pindah rumah baru ~

saya dah masuk rumah baru.. insyaAllah rumah lama nanti saya akan jenguk2 jgk. masih sayang lg kt rumah lama, takkan dibiarkan usang camtu je. senang2 singgahla rumah baru saya ye http://nicemamaforever.blogspot.com/ rumah baru ni seusia ngn rumah asal ni la.. tp ntah camne, atas kesilpan teknikal saya pilih rumah ini..

Saturday, July 31, 2010

~ very moist banana cake ~

plan asal nak wat kek pisang bercoklat. tp tengah2 duk siapkan bahan, tetiba kulihat tepung naik sendiri cam ada something je.. berbintik. agaknya dah expired kot. so, buang aje lah. dgn penuh kehampaan, gitau suami. dia pun mcm frust je. tp camne pun nak kena wat jgk kek. saya pun m'google la resipi kek pisang. so jumpa resipi kt blog uncle rozzan yg mna sesuai dgn bahan2 yg saya ada. tanpa berlengah terus cuba.




sgt sedaaaap! i likeeee! mmg kena ngn namanya, very2 moist! the best banana cake ever lah. saya sgt b'puas hati. lain kali bleh try buat lg.



Bahan-bahan :



250 g mentega
2 cawan gula (saya kurangkan )

4 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu besar susu cair
3 cawan pisang dilecek (xtau nma pisang yg saya itu)
2 cawan tepung ~ diayak (saya lebihkan sikit)
1 sudu kecil soda penaik
1 sudu kecil serbuk penaik
walnut, macadamia nut, pecan (xpakai pun,sbd xde)

Cara :


1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu per satu, esen vanila, susu dan garam.
3. Masukkan pisang yang telah dilecek ke dalam adunan.
4. Masukkan tepung dan kaup balikkan sehingga sebati.
5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C/ 350 F selama 1 jam.

**nanti nak kena lawat lg blog uncle rozzan ni. resipi dia nampak best2 je utk dicuba. credit to uncle!

Friday, July 30, 2010

~ yg mana satu ni?? ~

saya rasa serba salah.. tak tau nak buat yg mna satu dulu. semua saya nak buat. diorang pun dah lama beratur panjang.. tp saya tak tahu nak dahulukan yg mana hehe skrg saya sgt lega sbb dah boleh masak, dah tak alah pada bau-bauan di dapur itu.. jd tiba ujung minggu mcm ni, saya jd pening lalat tak tau nak masak apa sedangkan byk menu yg dah lama berserabut dlm kepala utk dimasak..macam2.

dah lama nak masak....

SOTO!
my gegirl @uni sgt suka makan soto. satu mangkuk dia sorang boleh abiskan b'banding ngn nasi. klu soto nasi impit 2 mmg sgt b'semangat dia makan. kami pun apalagi, seronok tgk dia berselera makan. sbb 2 saya b'cadang nak buat soto nih..

LAKSA SARAWAK!
oooh saya sgt rindu nak makan laksa sarawak yg berempah itu.. paste laksa yg k.za pos aritu pun masih ada. tarikh expired pun lambat lg.. tekak nih terasa lama benar tak jamu ngn laksa yg unik dan best itu.

NASI DAGANG!
nasi dagang mmg best.. tp nak cari nasi dagang yg best kat jitra ni mmg susah. jd, saya teringat2 nasi dagang buatan air tangan ma di kampung yg diganding dgn acar timun+kobis+karot buatan saya hehe last cuti kt kampung aritu mak mertua masakkan nasi dagang.. tp versi Terengganu punya lah. aritu saya ada bawak 2 bgkus beras nasi dagang. masih kemas b'bungkus dlm plastik elok je.. part paling malas ialah nak mengukus nasi 2.. sbb 2 lah masih tertangguh lg.. nak kena cari masa yg betul2 sesuai. tp ptg semalam saya dah beli ikan tongkol, siap rebus dh pun.. hehe dah tak lama la 2 leh makan nasi dagang ni..

CHICKEN CHOP!
wah! western la plk.. hehe mmg dah lama bercita2 nak jamu tekak ngn c/chop buatan sendiri. resipi sos lada itam yg saya google lama dulu pun dah basi agaknya..

KEK PISANG B'COKLAT!mmg dah plan nak buat pg ni.. suami sgt gemar makan kek nih. pisang dr minggu sudah lg beli. tup tup bukak peti ais, telur ada 3biji je.. terpaksa tunda lagi. klu rajin malam nih saya buat.

itu yang saya senaraikan kt sini, yg dalam kepala ni byk lg.. besar betul nafsu makan sekarang nih. tubuh saya pun rasa mcm dipam2 je sejak lalu makan nih.. 3bln peknen dah 64kg, lg 3,4bulan camnelah agaknya ye? mm tunggu dan lihat.

Thursday, July 22, 2010

~ jgn merungut!!!!!! ~

Antara patah kata yg diucapkan oleh pentazkirah ( big boss sndiri ) pagi tadi.. tp mulut saya tak boleh nak elak.. jd merungut jgk.. bkn tak ikhlas buat keje, cuma saya merungut sbb tak mampu nak siapkan keje yg datang bertimbun2.. saya sangat letih.. tubuh rasa semacam je.. rsa berdosa tak dapat jalankan t/jwab terutama t/jwb kpd anak2 didik..



Semalam meeting abis kul6.30 ptg. T’kejar2 solat asar kt blik guru. Kebetulan suami dah tunggu lama, mintak dia temankan saya sbb takut.. sunyi je sorang2. Pastu, cepat2 pi ambik @uni dan mintak maaf kt pengasuh sbb akhir2 ni selalu je lewat petang ambik @uni. Nak balik masak utk berbuka konfem dah tak sempat, jd suami syor b’buka kt restoran Bunga Naga kt Lubuk Batu, Jln. Wang Tepus. mmg 2 tempat peberet kalau nak makan asam pedas.



Jd, utk berbuka mlm td kami order lauk wajib bg kami setiap kali ke sana iaitu asam pedas jenahak dan kerabu mangga. Pastu utk lain2 lauk, suami pilih ayam goreng biji gajus. Dia penah order dulu, katanya sedap.. sejak peknen ni, tekak saya tak leh nak terima sangat lauk2 ayam ni.. jd saya pilih udang sambal petai.. alhamdullah, mmg puas hati makan.. sedikit lauk pun tak berbaki.. suami sampai tambah nasi lagi.. saya cukup sepinggan je, tp kenyang sungguh..

balik2 2.. lepas solat semua, kami 3 beranak tertidur keletihan. saya skrg mmg lemah semangat dan sgt tak bersemangat.. banyak benda yg sudah terabai.. ya Allha, cekalkan lah hati dan semangat hambaMu ini..

Saturday, July 17, 2010

~ tanpa tajuk ~

keinginan utk menulis 2 ada, nak kata xcukup masa,ada... tp mood yg xmenentu menyebabkan saya jd malas.. kerja yg xpernah abis, rasa penat boleh buat saya ilang mood hatta utk mengONkan laptop dan suft tenet nih.. xmcm dulu lah. crita ada, tp idea utk menulis pun sudah zero. tp pg nih rasa cam rajin sikit...

alhamdulillah, sepeninggalan en.suami selama 3,4hari yg pegi berkursus saya dapat lalui hari2 tersebut dgn jayanya walaupun agak penat.. mujurlah rasa mual2 saya sudah semakin hilang.. pagi2, terpaksa turun naik tangga hantar barang2 saya dan @uni ke kereta. pastu naik lg utk ambik si kecik itu yg masih lena dibuai mimpi. mujur saya xpernah lewat sampai ke skolah. masa suami xde, @uni pun ok je.. xde lah buat perangai ngn masalah tidur lewatnya itu.. saya pun sgt senang hati dapat tidur seawal jam 12tgh mlm dan bangun tanpa rasa mengantuk..

3,4 ari lepas 2 jgk la keinginan saya utk mkn mi kari membuak2.. ni kes kak ros punya pasal la.. ada aritu sekali, suami ronda satu Jitra cari mi kari utk saya.. tp xada.. tahan je lah. ni dah pasang tekad, bila suami balik saya akan mask sendiri mi kari itu. so, inilah hasilnya..


tp kurang 1 bhn iaitu tauhu kering, puas saya cari tp xjumpa. kul12 mlm baru dapat rasa mi kari. sbbnya, abis masak je saya rasa penat teramat, rasa kenyang dan xlalu nak makan. mintak suami mkn dulu tak perlu tunggu saya. dia cakap dia nak mkn sama2 dan akan makan bila saya dah sedia utk makan.. tunggu punya tunggu, masuk je tgh mlm baru tekak saya sedia utk merasa mi kari..



Thursday, July 1, 2010

~ dah basi dah ~

hehe mmg dah basi dan berkulat2 dah agaknya.. tp mlm ni dgn mood yg tak sberapa nih, gagah jgk nak post entri kat sini. critanya masa minggu ke2 cuti sekolah aritu.. rasa mcm dah lama sgt2 dah pun berlalu.. yg best masa cuti aritu, dpt kumpul dan jumpa semua adik-beradikdan ank2 sedara. bkn senang nak cukup semua.. klu time raya, yg sana balik, yg sini x balik..
ni alhamdulillah semua skali ada.. ini pun sbb adik bongsu kawin.. umur muda lg, baru 21thn dah gatal nak kawen.. perangai pun mcm bdk2 lg.. isteri dia pun muka mcm bdk form3 je hehe ape pun semoga bahagia selalu dan dapat mengharungi cabaran alam rumahtangga dengan jayanya



crita ke-2 plk : hehe 1st time pi Htan Lipur Sekayu.. lawak plk rasanya, pdhal xjauh mna pun dr umah suami. suami plk, penah pi dulu2 je masa zaman kanak2 ribena lg hehe pegi ni pun dlm keadaan tak rancang. tiba2 je,terkeluar dr mulut suami mlm sebelum 2.. jd kalut2 la pegi sana. tu pun dh lewat, ari Jumaat plk 2. bergegas plk balik,nak kejar solat Jumat.mmg xpuas main air, terutamanya @uni. rsanya dia yg paling sronok aritu.acah je naak bawak naik, terus nangis2..



satu2 nya undangan majlis kahwin kawan2 yg dapat saya penuhi ialah rakan baik dgn kata lain satu geng masa skolah rendah ialah Nik Mohd Nasrun dan isteri. skrg ni semua dah berumahtangga, kecuali Zaid dan Amir hehe


Monday, June 21, 2010

~ 2minggu x update ~

2 minggu cuti sekolah, seminggu kt kampung
byk jgk cerita utk dikongsi
tp mood utk menulis semacam turut b'cuti
sama semacam ngn mood tak mau jd cikgu
kertas exam budak pun masih b'baki tunggu nak ditanda

Monday, June 7, 2010

~ nak balik ~

tetiba semangat utk balik kampung m'buak2 dlm dada
rasa dah tak sanggup nak tunggu Khamis ni
tp kertas exam teeeerlalu banyak yg belum ditanda
mmg takde semangat langsung
pegang 2 3 helai, pastu tinggal

Friday, June 4, 2010

~ buah setul ~



kenal tak ngn buah ni?? klu belah utara diorang sebut buah setui.. saya pun tak tahu nama rasmi bg buah setul ni.. dulu-dulu,belakang dapur rumah saya di kampung, ada dua batang besar,rendang dan tinggi pokok setul nih.. tp sekarang dah tak de.. dah lama kena tebang.. buahnya sgt lebat mmg tak abis nak makan. saya suka makan kulitnya yg tebal itu cecah ngn cuka+kicap+garam+gula+belacan+cili padi... uuuih sgt sedap. kadang2 wat jeruk,rendam air garam.. dan yg specialnya ma akan masak gulai kuning ikan ngn kulit buah setul 2.

kelmarin, rakan sekerja bagi buah setul jeruk dan yg masih belum dijeruk.. jd, keinginan saya utk wat gulai ikan campur kulit setul sgt m'buak2.. dah bertahun2 lamanya tak makan menu yg  menggamit memori itu.. sbb terlalu nak makan, saya gagahkan diri utk masak setelah hampir sebulan saya meninggalkan aktiviti masak-memasak itu.. pagi2 lg suami pi pasar beli ikan.. dan pagi2 td juga saya tepon ma, tanya camne nak masak gulai tu..


inilah dia gulai ikan tu.. alhamdulillah, sungguh berselera makan nasi td.. tak jamah dah lauk lain. suami pulak tak biasa makan,jd dia ambik ikan dan kuah je.



Wednesday, June 2, 2010

~ our 3rd anniversary ~




alhamdulillah..pada 01-06-2010 genap 3 tahun usia perkahwinan kami
masih terlalu baru.. baru je 3 tahun
masih banyak perkara yg menanti di hari mendatang




order cuppies dan marble cheese brownies dr kak rani, mmg sedap lah
bila agaknya b'peluang nak ikuti kelas dia

Wednesday, May 26, 2010

~ pesanan buat tokey kedai makan pt 2 ~

kecuali si suami bawak ank perempuannya pi tandas.. tetiba saya dengar pelayan laki yang berseluar paras lutut sambil merokok 2 kata.. "..weiii depa nih makan tisu weeih, abis takdak tisu dlm bekas.." bkn itu je, kedengaran juga kata2 lain yg sgt kurang menyenangkan kami.. tersekat betul selera makan kami.. suami geleng kepala, tak puas hati jgk.. saya geram tak yah nak cerita bagai la.. mmg sgt sakit hati..

mulut saya nih geram je nak cakap ngn pelayan td.. "..encik, bekas tisu kt meja kami ni kosong jgk!! tp jgn suka hati nak tuduh kami makan tisu ni plk ye!!..." kebetulan masa kami duduk kt meja tu, bekas tisu 2 dah sedia kosong pun. tp tak terkeluar plk kata2 itu dr mulut saya.. kalau iye pun tak puas hati, jgn la jerit camtu.. tak best pelanggan lain dengar. ntah2, terus tak mau datang lg makan kt situ. kalau takut tisu abis, nape tak selit je tisu kt sudu n garpu masa hidang mkanan? tak pun kalau berkira sgt takut rugi, tak yah sedia tisu. bukan luak pun duit untung berniaga tu.. tisu bape sen pun nak bising2 sampai camtu skali..

kalau lah ada tokey kedai makan atau sape2 je lah yg berkenaan, pilih betul2 pekerja yg boleh jaga bisnes kita. yg tahu jaga aurat, kebersihan, tingkah laku, tak kurang ajar.. ini tidak, klau yg pompuan pakai baju sendat takde lengan, jeans nampak punggung la.. tp tau plk b'tudung. klau yg laki plk ngn rambut color2, jeans lusuh,carik2 lg... macam2 lah.. kalau jenis pelanggan yg titik beratkan soal 2 sume, konfem lain kali takkan singgah dah kedai camtu..

p/s>> tringat masa suami ngn adik dia blanja keluarga n saudara, sepupu2 makan kt sebuah restoran di bawah jambatan Kuala Ibai berdekatan ngn masjid terapung.. tgk dr bilangan pelanggan, mmg tempat makan femes jgkla.. nak duduk pun kami terpaksa tunggu. jumpa ngn Saiful bekas pemain hoki negara bawak budak2 hoki Bandar Penawar makan situ..

alkisahnya, ada ke patut pelayan pompuan tu hempas kertas kat saya soh tulis sendiri order.. mulut pot pet pot pet, kata susah la, lambat la, itu la, ini lah.. dahla kami yg tolong dia susun n angkat pinggan mangkuk meja tuh. tp buat muka plk! dah dapat makanan, sudu, senduk, pinggan plk bg tak cukup. siap kata kt my MIL .."..makcik gi ambik sendiri lah.." mana nak larat kami bangun duduk, bangun duduk..

suami ngn adik pun panas hati jgk ngn bdk laki tukang bakar ikan, mintak tolong bahagi dua ikan dalam pinggan pun tarik muka masam dan kata susah nak buat.. last sekali memang tak buat la.. ish, kalau pelanggan yg jenis "panas" kena mcm yg kami kena nih, saya tak tau lah jd camna.. tokey kedai baik, lemah lembut je.. tp pekerja????? tak pasal2 pelanggan lari, walau sesedap mana pun makanan yg kita hidang... betul tak?? sape setuju angkat tangan!!!!!!!!

Tuesday, May 25, 2010

~ pesanan buat tokey kedai makan ~

sebenarnya tengah mood tak berapa rajin nak menulis.. tp gagahkan diri jgk. kalau dibiar lama2 kang nanti lupa pulak.. bukan b'tujuan nak memburukkan sape2 pun, tp sekadar ingatan buat mereka yg berkenaan..

semalam mengidam nak makan steamboat.. hehe maklumlah hari dapat gaji. lewat petang, kami keluar soping2 la konon. mood saya plk sgt baik waktu itu dan badan saya pun segar dan tekak saya pun tak meragam.. pandai plk pilih hari duit masuk kan??

balik dr bandar, saya dgn harapan dapat makan steamboat itu pun singgah la di sebuah restoran yg telah direkemenkan oleh seorang rakan.. katanya s/boat kt situ sgt best. restoran ni letaknya betul2 tepi jalan raya b'dekatan ngn kedah medical centre (KMC).. nama restoran 2 ialah R***f****t.. xmau bgtau nama terang2.. orang ramai giler lah. tp yg hampanya, s/boat sudah tidak ada kerana ada skumpulan besar pelajar wat jamuan s/boat. so, bhn2 sudah abis kata salah sorang pelayan kat situ..

ooooh hampanya.. nak tak nak kami order nasi jela.. perut dah tersangat lah lapar.. eh, xmasuk pon lg crita b'kaitan ngn tajuk entri kt atas.. gini, nak jd ceritanya.. ada sorang pelayan 2, pi ambik bekas tisu kat meja pelanggan yg baru je bangun dan beredar...

p/s>> nanti saya sambung kemudian la....tetiba je

Saturday, May 22, 2010

~ budak kecik ini ~

akhir2 ni,macam2 perangai yg dia buat.. sgt menguji kesabaran ok. org kata dia saja buat perangai nak bg kita marah dan minta perhatian. seolah2 dia dapat tahu,ada org baru yg akan merebut dan b'kongsi kasih dan perhatian dr kami.. hehe yeke?

skrg nih sgt kuat merajuk. semua benda yang dia nak, kena cepat2 bg.. klu tak dia nangis2.. volume 2, thp maksima lah.. nampak sgt mcm buat2 je nak bg  kuat volume suara nangis 2. klu nangis t'duduk lg dasyat. siap hentak dahi atas lantai lg.. oooh mmg saja nak cari sakit anak ibu nih..

dulu anset jd peberet dia utk dgr lagu2 atau rakaman video dia sendiri.. pantang pegang anset, remote tv ke, kuih ke, ape2 je ikut suka hati dia  letak kt telinga dan kata "eelllaoooooh".... srkg dah pandai guna anset ayah ngn ibu utk amik gambar  ( gambar ntah hape2 je ) klu anset ibu, off keypad pun xjln gak sure dia reti buka sendiri. anset ayah lah jd mangsa, coz xdpt nak on keypad dia hentak anset ayah atas lantai hehe

walaupun penat duk kejar dia meneroka satu rumah, kami tetap terhibur ngn keletah dia yg tak tahu duk diam dan tak rasa penat itu..
pakai selipar dapur sambil tunjuk pusat

kalau tak duduk dalam almari 2, nilah gayanya

ilang dr ruang tamu.rupanya duk makan sambil main ngn semut hitam
model balang gas

style makan terkini


Thursday, May 20, 2010

~ 1st trimester : thanks my dear ~

nak cepat2 lalui 1st tremester ini... sangat penat walaupun saya tidak lah mabuk2, muntah2.. atau dengan kata lain mengalami alahan yg teruk. tp saya penat.. letih.. mual2 dan loya adalah perkara biasa bg saya. masa peknen kan @uni dulu pun sama jgk.. alhamdulillah tak ada alahan yg teruk.. 4bln pertama, saya cuma tak lalu makan, tak boleh bau wap nasi, minyak masak sewaktu kuali dipanaskan, bau tumis2 dan sambal, bau beberapa jenis makanan.. dengan kata lain, saya "pencen" memasak ketika itu.. lg satu, saya tak tahan ngn bau sabun mandi dan sebarang shower gel/cream pd waktu pg.. jd mandi saya tak bersabun la hehe

skrg ni pun dah hampir 2 minggu dapur saya tak berasap.. kesian pulak tengok suami makan nasi kedai. tp nak buat camne, saya sudah tak boleh tahan ngn bau-bauan di dapur itu..bau bawang,sangat busuk dan meloyakan.. pulak 2, saya sgt penat.. balik sekolah keje saya hanya tergolek atas katil, pastu tido.. lepas magrib berjemaah, saya sambung tido lagi.. kul12 tgh malam baru bangun.. pastu tido lg sampai ke pagi.. sangat kesian ngn suami, dia yg terpaksa layan @uni sorang2, semua dia yg buat.. tukar pampers, bancuh susu, mandikan.. semualah.. sungguh terharu ok.. dapur licin berkilat, lantai dan ruang tamu yg @uni sepah-sepahkan suami tolong kemas.. nak harapkan saya, keje saya hanya tergolek atas katil dan tidor.. tp bukan suka2 buat begitu.. dia faham... org lain morning sickness tp setakat ni, lain pula bg saya.. masuk je tghari, mulalah tekak saya mual.. pg ok je.

saya sgt2 bertuah bersuamikan suami saya ini.. satu lg tugas baru yg bertambah utk dia ialah picit dan urut bahu dan belakang saya, sbb rasa mual2 nak muntah seolah2 makanan tak lepas, terlekat kat tekak..pastu, kaki dan betis saya juga..akhir2 ni saya selalu rasa lenguh2.. lenguh lumpuh.. tak sakit, tp rasa camne ye.. kdg2 saya sampai nangis2 kalau rasa lenguh itu datang.. mmg susah nak cakap, camne rasanya saya ketika itu.. tringat masa peknen kan @uni, malam2 nangis sensorang dlm bilik.. nak2 kalau tiba2 saya terjaga sbb betis saya cramp/kejang.. sakiiit sgt2. skrg saya tak keseorangan lg.. dah duk dekat ngn suami.. sangat hepy, dapat lalui detik2 ini bertemankan suami di sisi..
saya b'jaya makan nasi kerabu ini, walaupun tak abis semuanya.. mlm td dahla m'bazir nasi goreng ikan masin yg en.suami beli.. kt skolah td mkan laksam. thanks kak qilah;)

Sunday, May 16, 2010

alhamdulillah...tak jadi...

lega sangat2..suka sangat2
sbb en.suami xjd pi kursus
dlm keadaan skrg sgt perlukan dia
skrg mood utk tulis entri tak brapa ada...
jd, stakat ini sajalah utk kali ni..

Monday, May 10, 2010

~ akhirnya...kami akan ditinggalkan ~

huk huk huk... sedihnya...... mr.Hubby akan meninggalkan saya dan @uni selama 4 hari kerana terpaksa pergi berkursus CPCM di Kulim. sejak dr selepas pantang, kami bertiga belum pernah berpisah.. kali ni, saya ngn @uni akan tidur berdua.. @uni lah yg pling selesa,sbb ruang utk dia m'buaskan diri semasa tidor dah jadi luas hehe
errgggh camne lah melalui hari2 tanpa mr.Hubby disisi??? saya terpaksa menguruskan @uni seorang diri.. pegi sekolah sendiri.. duk berdua ngn @uni je.. mesti sunyi kan walau mulut @uni sentiasa bising.. yang pasti, sangat tidak best.. selama ni mr.Hubby b'nasib baik sbb kena pi kursus dekat2 dan mudah utk ulang alik dr rumah ke tempat kursus.. dan seingat saya, dia juga pernah menolak utk pegi kursus CPCM kt Johor thn sudah, sbbnya??  dah lupa..yg pasti saya lah penyebabnya.. mungkin masa 2 saya balik b'cuti kt sini.. maklumlah, duk jauh dan jrg skali berjumpa...
mmm.. kalau saya yg kena b'kursus camana lah agaknya ye?? dr sejak @uni lahir, tak pernah lg saya berpisah ngn dia.. mungkin saya akan angkut @uni pegi berkursus sama hehe

Sunday, May 9, 2010

~ SOFIA & EMAK BIRTHDAY'S GIVEAWAY ~



Giveaway ni sempena menyambut besday Nurul Sofia yang PERTAMA pada 28.04.2010 ni.. dan besday Emak Sofia yang ke…. 27 pada 19.05.2010 ni… Penyertaan terbuka kepada semua blogger... Ok, kalau ada sesiapa yang berminat nak join giveaway ni,sila KLIK SINI utk check syarat2nya ok

Tarikh tutup giveaway ni ialah pada
20 MEI 2010
jam 12.00 tghari
PASTINYA HADIAH YG MENARIK MENANTI KITA SEMUA HEHE

~ CUTE PINK BABIES CONTEST ~

Salam kepada semua blogger.. contest lg.. yeay!!!
sempena ngn 1st besday Sharifah Nayli Qasrina, ibu QisQas dengan berbesar hati telah merasmikan CUTE PINK BABIES CONTEST bermula dr 28 April sehingga 28 Mei 2010

jd, para ibu di luar sana yg berminat, sila KLIK SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai contest yg best ini ye..


nama : Nur Auni Humaira' binti Mohd Farid Hafidz
t/lahir  : 18-12-2008
umur : 1thn 4bln

pesanan buat anak
" semoga @uni menjadi anak solehah. bijak dan tidak gentar mendepani cabaran dunia, tetap teguh m'persiap diri dgn bunga2 iman dan taqwa.. insyaAllah, berjaya di dunia dan akhirat "

Saturday, May 8, 2010

~ Mother's Day Give Away by Mummy Ayu ~

lama dah tak join give away ni rasanya... sbb masa tak berapa lapang. tp give away yg Mummy Ayu buat sempena ngn Mother's Day esok tersangatlah simple

jd, ibu2 kt luar sana yg berminat nak join.. KLIK SINI utk dapatkan info b'kaitan give away ni ye..

Friday, May 7, 2010

~ bila lah boleh cuba try test buat ~



saya koyak keratan resipi ni dr akhbar harian Metro
masa duk tunggu suami kt BM aritu...
dah lah main koyak tanpa minta kebenaran pon.. tak pe kot..
macam  sedap je... tp lum ada masa lg utk try resipi ni...
mcm best je kan...

Thursday, May 6, 2010

~ hujung minggu yg tak berapa best ~

hari minggu, semua org tunggu2
saya pun tak terkecuali
leh masak2 yg special
atau try resipi baru,
ape2 je lah yg saya nak makan...

tp esok, ada tuisyen
walaupun sejam 30 minit je
tp bg saya, sudah cukup utk mengusik
ketenteraman saya b'hujung minggu
hehe..sabar2, kena ikhlas demi anak2 bangsaku

lusa...sabtu
ada kursus pulak
LDP dr jam8pg hingga 2ptg
ok!! selamat berkursus hehe


Wednesday, May 5, 2010

~ rojak ayam ~

balik sekolah petang kelmarin wat rojak ayam ni.. walau kepenatan, saya gagahkan diri jgk untuk buat kuah kacang sbb tersangat lah rasa nak makan. part paling malas ialah, nak asingkan selaput kulit kacang 2.. sebenarnya bahan2 dah sedia ada, sbb dr aritu lg bercadang nak buat rojak ni. plk 2 tak pernah saya jumpa rojak ayam kt kedai2 di sini.. pasembor byk la kan..
kalau yg dah biasa makan rojak ayam, mesti semua dah tahu bahan2 yg di makan ngn kuah kacang pekat tu.. mi kuning, ayam, tauhu, kentang rebus, timun batang, tauhu, telur rebus, daun salad... ada jgk yg letak nugget dan bebola goreng.. macam2 la, ikut tekak masing2 kan..

sangat penat malam td... sampai lah tulang rasa sengal2, kepala bertambah sakit dan badan saya panas.. demam rupanya.. so, arini saya bercuti di rumah je.. pi klinik dan ambik mc.

Monday, May 3, 2010

~ adakah kerana saya terlalu berharap??? ~

wow..panjangnya tajuk entri kali ni hehe berbalik kpd soalan di atas.. biar saya yg jawab ye.. ok,mmg saya terlalu berharap.. berharap ape?? berharap utk dapat baby yg ke-2 ok. sabtu aritu, sampai saja dr bukit merah.. ntah kenapa tetiba saya rasa teringin sgt2 utk wat prgnancy test. card 2 saya mmg dah tersedia kt rumah..


so,inilah hasilnya..nampak blur je line T 2.. buat saya rasa konfius yg amat sgt


sbb xpuas ati, saya buat lg utk ke2 kalinya..see!!! ada dua line kan??? saya jd yakin

sbenarnya klu nak ikutkan, tempoh period saya tak terlewat pun..srkg ni pun masih lg awal seminggu..tp gerak hati saya mengatakan saya peknen. sbb itulah saya wat prgnancy test 2.. td kebetulan ada urusan di luar, saya ajak suami singgah di klinik.. lagi pula 3,4hari ini saya selalu sakit kepala pada waktu petang.klu betul saya peknen, tak nak lah saya main ambik ubat sebarangan je kan. klinik yg saya selalu pegi, doktornya plk tak masuk lg, lewat.. jd saya pegi ke klinik yg saya tak penah pegi..then, bila masuk dan ceritakan masalah saya... nak tau camne respon doktor 2??? eiiii saya sgt terasa hati.. jawapannya sinis seolah2 saya terlalu teruja dgn perkara tersebut.. responnya seolah2 mana mungkin xcukup 4minggu dr tempoh 1st day tarikh period saya bulan lepas, saya boleh dapat result yg positif??? macam mustahil je.. eeii saya sgt tdk b'puas hati.. sekurang2nya bagi lah saya jawapan dgn cara yg sebaiknya... sbb tak puas hati, saya beli lg tester card di farmasi.

tgk...saya nak kata camne lg...masih lg positif
saya ni peknen ke tdk? atau saya yg terlalu teruja untuk dapat baby shg m'pengaruhi result??? atau pun ketiga2 alat 2 rosak. ape pun, saya nak tunggu utk tempoh beberapa minggu lg utk sahkan saya benar2 peknen atau tidak...

Friday, April 30, 2010

~ rindu saat itu ~

tak sabar rasanya nak timang baby lagi... rasanya @uni dah makin besar.. dah mula faham setiap apa yg di kata.. bila dia main ape2, mintak kita layan dan main sama2. kalau tak penuhi p'mintaannya itu dia marah2, tempik2 dan nangis.. kan elok, kalau dia ada kawan bermain.. bila dapat berita kawan2 yg bersalin hampir ngn tarikh saya melahirkan @uni dah pregnant lg, bertambah2 la keinginan saya utk melalui detik2 itu lg.. yg pasti kali ini, saya tidak akan lg melalui tempoh tersebut tanpa suami di sisi.. dan agak senang juga utk saya memenuhi keinginan tekak saya nanti hehe

Wednesday, April 28, 2010

~ sangat sedih ~

mmg sedih sgt2.. rasa marah pun ada.. geram pun b'campur skali.. frust pun ada jugak.. mmg secukup rasa lah. saya ni tak pandai mengajar ke?? kalau senang2 je boleh berhenti keje, rasanya tak teragak2 lg utk saya antar surat letak jawatan.. ( ni bkn kes budak2 yg jd masalah utk letak jawatan sebenarnya... )
saya geram betul.. ( 3,4 hari ini, mmg saya sgt tawar hati utk masuk kelas nih ), bkn pe..kesemua 6 subjek yg saya ajar dlm masa 4bln ni sgt2 m'hampakan apabila diterjemahkan semula diatas kertas ujian Mac minggu lepas.. sgt2 sakit hati bila ada yg antar kertas kosong, yg salin semula soalan.. sedangkan soalan yg ditanya sgt2 lah mudah.. nak payah ape, soalan exam pun saya bg soalan latihan yg penah dijawab dlm kelas... sebijik!! xder pusing2 belit2 ape.. 4bln 2, saya ajar.. abis tu, dua tahun sudah dh skolah kat sini ape yg diorang dapat??
td mmg marah tahap maksima. betul2 marah nih.. saya bg masa 20minit utk mereka tulis sebanyak mana perkataan yg mereka tahu dan ingat, tanpa meniru, bercakap atau jeling kawan sebelah.. masa tengok diorang duk fikir2 2 saya dah mula geram, mana  tak geram.. muka masing2 rapat ke meja. yg sakit hati, ada jgk yg terlelap.. oh Allah saje yg tahu perasaan saya saat itu.. bila masa dah abis dan kertas2 mereka sampai ke tangan saya... masyaALLAH!!!! ada yg tak tulis langsung sepatah perkataan pun.. ada yg tulis benda lain, pastu ada yg dapat 5 perkataan je.. seingat saya paling banyak pun yg dapat, tak sampai 40 perkataan pun.. sedih kan?? saya bukan bg latihan ke ape.. suruh tulis apa yg diorang tahu je.. sebelum2 nih pun saya suruh mereka hafal perkataan.. baru 3 hari lepas pun suruh diorang hafal.. tp mna p'kataan2 tu??
saya dah tak tahu nak kata apa lg.. agaknya saya tak tahu mengajar diorang.. saya rasa tak dapat melaksanakan t/jawab dan amanah dgn sempurna.. rasa berdosa pulak...

Friday, April 23, 2010

~ kelam kabut dan susah hati~

semalam 1st time bawak kereta secara sah dan berlesen ke sekolah tanpa suami.. hanya @uni je peneman di sisi sbb umah pengasuh @uni dekat ngn sekolah. jd terpaksa lah ibu yg kena antar @uni pg2.. ayah cuma antarkan kami ke kereta.. angkat barang2 dan siapkan @uni kt tempat duduk. sebelum bertolak, kami salam2 n kiss2 cam biasa hehe ayah pesan "bawak keta elok2".. ok boss!

sgt senang hati dan gumbira, sbb xperlu pi belajar kereta lg.. mmg benda yg paliiing malas nak buat. masa saya di hujung minggu pun tak terganggu..
ibu pun ngn sedikit laju bawak kreta, takut lambat sampai.. nak kena antar @uni  dan u-turn balik ke sekolah.. pulak 2, nak kena harung 7 traffic light sbeleum sampai sekolah. slalunya, masa pkai drebar aritu hehe kami ikut jln highway.. tp sbb ada simpang 4 yg sgt bahaya itu, ibu t'paksa turun awal dr biasa.. tiba kt rumah pengasuh, pesan kt dia jgn lupa tepon kalau ada ape2 sbb @uni mcm xberapa sihat je..

masa kt skolah, tetiba teringat sgt2 kt @uni..tepon pengasuh tanya dia ok tak.. pengasuh kata badan dia panas sikit tp ok. dia baru je tidur masa 2. lega.... abis je jaga exam kul 12.15, masuk bilik guru dan berehat2, cabut keronsang nakgi bilik air amik wuduk siap2 tetiba kak Ta tepon, kata pengasuh bgitau dia yg badan @uni makin panas dan nampak mcm nk kejang lagu 2.. rasa mcm nak luruh jantung masa 2.. cepat2 betulkan tudung balik dan mintak izin dr pk1 nak keluar..

lepas amik @uni, terus pecut kereta sekuat hati. kreta pun main masuk je jalan org coz tangan sibuk duk petik anset call ayah.. soh tunggu ibu kt pjabat nak ambik dia pegi klinik.. huuuh yg frustnya masa 2 waktu tengahari.. semua klinik tutup sbb masa rehat. wat keputusan balik dulu.. dan ayah masuk ke kelas moralnya dulu.. ntah napelah masa 2 xterfikir pun nak bawak @uni ke hospital.. sangat kelam kabut....
bila @uni demam, rasa sunyi pulak... kalau tak, satu rumah b'gema ngan suara @uni je...


mlm sebelum demam.. mcm biasa, tetap lincah ngn aksi yg mcm2
mlm td, tidur pun xlena.. badan @uni panas.. susu dia tak mau sgt.. hampir subuh, kejut ayah mintak tlg masukkan ubat ikut p******g. ayah tak berani, ibu pun... last skali, ibu jgk yg masukkan. buat2 berani je lah... pg ni suhu badan dia dah ok sikit.. ibu tinggalkan @uni ngn ayah sekejap dr 8.20 hingga 10.30 pg utk ke kelas tuisyen.. sampai sekarang, @uni masih tidor...

Thursday, April 22, 2010

~ kek gula hangus ~



dah bertahun tahun tahun lamanya tak buat kek gula hangus ini.. akhirnya malam td saya b'jaya mbuatnya kembali hehe masih ingat dulu2, klau raya kek ni wajib dibuat.. abang saya sgt2 sukakannya.. mesti dia suruh buat. saya sendiri?? kurang gemar akan kek ini hehe saya buat mlm td pun sbb janji ngn sorang kawan yg slalu duk sebut2 itu adalah kek peberetnya. jd saya pun m'google lah resipi kek ini.. resipi yg saya slalu buat dulu sudah hilang entah ke mana bukunya.. masa balik kampung aritu puas saya m'carinya.. resipinya seingat2 saya hampir sama, tp tak serupa hehe

bahan2:
1cwn gula pasir
1cwn air
4biji telur
1cwn susu pekat
2 sudu besar butter (saya pakai planta je)
1cwn gandum + 2sudu teh baking soda (ayak skali)
1 sudu teh esen vanila

cara2:
-masuk gula dlm periuk dan masak sehingga keperangan. kemudian masukkn air ( hati2 takut terpercik )
-masukkan butter. biarkan mencair dan sejukkan.
-pukul telur hingga kembang, masukkan susu pekat kacau rata.
-masukkan adunan tepung yg telah diayak td, kacau dan masukkan esen vanila serta air gula yg telah sejuk td.
-gaul rata dan biarkan adunan selama 2-3jam sebelum dibakar ( dulu, xpenah pun peram adunan, bakar terus je )
-kemudian boleh la bakar. saya guna api 160c selama lbh kurang 40mnit.



yg nie bawak ke sekolah;)

trifle ni pun buat mlm td jgk.. semua skali wat 3 bekas.. yg 2 bekas kat atas tu saya bawak ke sekolah utk makan2 kt bilik guru hehe

Tuesday, April 20, 2010

~alahai...salah tulis~

bila baca mesej kt chat box dr pn. zatul, baru saya perasan yg saya telah salah tulis resipi kt SINI.. tak sengaja dan tak perasan yg saya telah menyampaikan "ilmu salah" hehe.. rasa pelik bila pn.zatul tanya masuk gula 2x.. so, bila dah sedar.. cepat2 saya betulkan balik hehe

Saturday, April 17, 2010

~ cuppies besday~

entri terlewat... cuppies besday utk yg tersayang pun lewat jgk hehe


guna resipi paling simple, kek coklat kukus.. bezanya saya kukus dlm bekas muffin yg kecil2 itu
bhn2:
1cwn gula
1cwn minyak
1cwn susu pekat
1cwn susu cair
1cwn serbuk koko
**kacau kesemua bhn tersebut atas dapur sehingga gula hancur
**sejukkan. kemudian masukkan 3biji telur, 1cwn 1/2 gandum+1sudu kecil serbuk soda
**pastu boleh kukus sampai masak.

Tuesday, April 13, 2010

~nasi lemak~

percaya atau tidak, sepanjang saya b'gelar seorang isteri ini lah pertama kalinya saya masak nasi lemak hehe masa bujang dulu2 pun, penah ke saya masak nasi lemak ye??? klau ada pun, mugkin tak lebih 3x seumur idup saya, masak nasi lemak... sbbnya??? saya tak pandai buat sambal bilis yang sedap.. macam kat kedai atau mcm yg mak saya masak..

mmm teringat nasi lemak panas yg dijual kt pasar malam Pantai Dalam.. dekat ngn tempat kami menyewa zaman belajar dulu2.. saya sgt suka lauknya iaitu paru yang digoreng nipis dan kentang + tempe yang digoreng garing b'salut lada.. mmm sedapnya kalau saya dapat menikmatinya lg.



inilah dia nasi lemak yang saya masak semalam.. hehe camna nak kurus nih?? lauk plk mcm2 ada, lebih dr nasi. ayam goreng berempah, sambal sardin, telur rebus, tempe+kentang goreng, bilis goreng dan kangkung celur .. walaupun nasi lemak saya tak sesedap yang dijual kt kedai, tp saya sangat gembira dapat mengenyangkan perut2 org yang saya sayangi dengan air tangan sendiri;)

Saturday, April 10, 2010

~ nasi ayam penyet ~

1st time cuba masak nasi ayam penyet ni... sebelum nih jumpa ngn nasi ayam penyet ni masa kt Srawak. sepanjang duk sna,rasanya sekali je cuba.. tak der lah sedap pun hehe. mugkin beli kt kedai yg salah kot.. sbb tu lah, macam tak b'minat je sbagaimana saya sgt meminati laksa sarawak. tp, bila menjengah ke teratak impian, tetiba rasa b'minat utk m'cuba dan memasak sendiri dgn versi dan citarasa sendiri..
sape2 berminat nak buat nasi ayam penyet ni, silalah klik sini utk menjengah resipi ngn lebih detail lg.. saya punya dah byk ubah2 ikut suka je. sambal pun, saya blend sume skali dan tumis sampai masak. baru masuk ikan bilis tumbuk. hehe bkn pe, nak cepat dan malas punya pasal. tempe plk, saya gaulkan ngn rempah perapan ayam.. jd ada rasa jgk lah tempe goreng 2.. pastu pandai2 saya je mengolah resipi orang ngn menambah acar timun+karot+kobis hehe

**sambil2 duk makan tuh sempat lg berangan2 nak wat bisnes jual nasi ayam penyet hehe

~ tart telur ~

akhirnya..saya dengan selamatnya telah merasmikan bekas tart yg setelah sekian lama b'balut dlm plastik utk digunakan mlm td hehe dah lama sgt2 mengidam nak mkn tart telur yg dibuat sendiri mlm td saya gagahkan diri utk m'cuba. pulak 2 jeles tengok zatul dah 2x buat tart telur nih hehehe

alhamdulillah,hasilnya tidak m'hampakan walaupun saya masih tidak b'puas hati ngn crustnya itu.. rasanya dah ok, rapuh.. tp comot ada yg tebal dan nipis. lain kali saya harus cuba adunan crust tanpa serbuk penaik, mungkin senang utk saya selaraskan ketebalan itu punya crust hehe

bhn2 crust :
2cwn gandum
1/4 cwn gula halus
1/2 cwn butter ( saya ganti ngn Planta )
1/2 sudu teh baking powder
secubit garam
2 biji telur
**gaul semua bahan kecuali telur sampai betul2 sebati. last skali masukkan telur,uli sampai menjadi doh. tambah tepung, kalau doh 2 masih melekat2.
bhn2 filling :
1 cwn susu cair
1 cwn air
4 biji telur
1 cwn gula halus (sila kurangkan,manis sgt)
1 sudu besar kastard
esen vanilla
**campur semua bahan, kacau hingga sebati
*
*
*
kemudian bleh lah canaikan doh td dan letak dlm bekas tart. jgn tebal2, nanti crust 2 akan naik. takut filling akan melimpah keluar plk. pastu cucuk2 kan bhgn bwh crust ngn garpu utk mengelakkan ia m'gelembung ktk dibakar. pastu tuangkan filling dan bolehlah dibakar. saya guna suhu 160 je..dlm15minit dh masak..



~tag by Suria~

~tag dr teman zaman kecik2 dulu~

ARAHAN :
+BOLD the statements that ARE true to you.
+ITALICIZE the statements that you WISH were true.
+Leave the fibs alone.
+Then, tag 5 people to do the same test.
•170cm tall.
•I don’t know what I want at the moment.
•I’m not happy.
•I hate my friends.
•I hate my life.
•I hate my grades.
•I can drive.
•I’m bored of driving.
•I love dancing.
•I go clubbing every week.
•Shopping is bullshit.
•I have a tattoo of a star.
•I got my navel pierced.
•I have friends that take drugs.
•90% of my friends smoke.
•I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty.
•I'm studying Fashion.
•I have a business running.
•I hate cartoons.
•I hate someone.
•I have 10 Lollipops handbags.
•I buy CLEO every month.
•My parents don’t know about my blog.
•I have an iPod.
•I don’t have faith in the current “one”.
•My school mates know about my FB.
•I wanted to be a fashion designer.
•I love rock emo bands.
•I hate it when people cancel last minute meet ups.
•My parents have faith in me.
•I’ve bought shoes this month.
•A blogger bitched about me before.
•I hate sports.
•I heart Italian food.
•I hate meeting new people.
•I hate nail polish.
•The mother bear gives me hugs.
•People should start appreciating me.
•High school was the worst time of my life.
•I have red hair.
•One Utama is my second home.
•I’m a guy.
•I’m scared of my Biology result exam which I’m going to face someday tomorrow.
•I hate vacations.
•We’ll last :)
•I believe in long distance relationships.
•I’m going to get high and smoke weed one day soon.
•I’ve robbed an old lady.
•I’m starting to like applying make-up.
•I was a tomboy.
•At times I think I still am a tomboy.
•I love bitching about people behind their backs
•I still have a best friend.
•I have a cat.
•I hate surprise parties.
•I hate planning parties.
•I’m hot :P
•I’m a sinner.
•I’ve got a DS light.
•I have a Wii.
•I cant live without music.
•Video games are a waste of time.
•I miss the father bear.
•I love being in love.
•I know how to cook.
•Boys are assholes.
•I hate Math.
•I’m happy with what I have.
•I love horror films.
•I slept in my parents’ room for 3 days after watching Scream when I was a kid.
•My old friends keep in touch with me.
•I don't read newspapers.
•The news is such a waste of time.
•Blogging is a waste of time.
•I hate animals.
•I can't live without make-up
•I curse like a pirate.
•I’m happy with my 11 year old car.
•I hate people that are smart.
•I love Orange juice.
•I can’t drink for nuts.
•I believe that everyone in their teens have lost their virginity.
•I’ve got a new phone.
•I’m going to get a new pair of shoes by the end of this month.
•I love swimming.
•I haven’t worked out since March.
•I think I’m fat
•I love my friends and family
tag 5 people:
jd anda semua telah ditag ye