Pages

Thursday, December 17, 2009

Ibu Hadif's GiveAway ' Anugerah Terindah'

23 Disember ni genap 2 tahun usia perkahwinan Mr & Mrs K. so, sempena dengan itu, IBU HADIF dengan seikhlas hati nak anjurkan contest khas untuk ibu/ ummi/ mama/ mummy bloggers...
..Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah ini akan bermula pada hari ni, 24 November hingga 18 Disember 2009 jam 1.00 pm.



SO,sape2 berminat nak join sila tengok syarat2 nya kt SINI ok!



nama : Nur Auni Humaira'
umur : 1thn (18/12/2008)

memang tidak dapat dinafikan, anak merupakan anugerah terindah dari yang Maha ESA..PERASAAN?? pertama kali melihat Auni menjengah dunia ibu lah insan yang paling gembira saat itu..segala kesakitan ketika bertarung nyawa bagi memastikan Auni selamat sampai, bagaikan terbang melayang entah ke mana.. air mata mengalir tanda gembira, syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan ibu zuriat yang sihat dan sempurna..pun begitu juga, hati ibu sangat hiba saat melihat wajah Auni kerana teringatkan ayah yang tidak dapat menemani ibu dan menyaksikan sendiri saat-saat kehadiran Auni ke dunia ini..sedih kerana impian ayah sejak dari awal ibu mengandungkan Auni untuk sama2 menemani ibu dan menyambut kelahiran puteri sulung kami tidak kesampaian..ketika Auni lahir,ayah masih dlm perjalanan dari Utara dan beberapa kali mengirim sms pada ibu .."..jgn risau..abg akn temani atie bersalin..insyaAllah sempat.."  terima kasih yang tak terhingga kepada Tok Ayah dan Tok Auni kerana mereka lah yang menggantikan ayah menemani ibu dan memberi kata2 semangat tatkala ibu bertarung nyawa..

HARAPAN ibu kepada Auni...jadilah anak yang solehah, menghormati ayah ibu dan orang lain..hidup teguh dengan tunjang agama supaya tidak lalai menempuh hidup di dunia yang penuh mencabar..menjadi insan yang taat pada agama dan perintah Allah, agar Auni memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat...

Jom ramai-ramai meriahkan Ibu Hadif’s Giveaway... Hadiah yang pastinya menarik menanti anda!!



1 comment:

MRS. K said...

salam
ibu hadif dah terjah...gudluck