Pages

Friday, October 16, 2009

>>kek coklat kukus<<

entri yg t'lewat :




ambik resipi ni dr fotopages kak amy mustafa..sja nk cuba cara yg b'beza plk buat kek coklat kukus ni..sbelum ni,pkul telur & gula mcm adun kek2 biasa,cuma kali ni kcau dulu sbgn bhn2 kt atas dapur..

mlm slasa aritu,sempat kukus 2biji kek coklat ni utk d'bawa ke jamuan raya kt skolah






Bahan:



1 cawan cocoa powder

3/4 cawan gula pasir ( ikut rasa )

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak (nak lebih sedap guna butter cair)

½ cawan susu pekat manis

2 cawan tepung gandum

1 tsp baking powder

1 tsp soda bicarbonate

3 biji telur


Cara:



Campur koko, gula, susu cair, susu pekat manis dan minyak ke dalam periuk.

Masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.

Tutup api, biarkan adunan suam.

Tepung, soda bikarbonat dan baking powder diayak bersama.

Telur dipukul hingga kembang, kemudian dicampur dengan campuran koko tadi. Gaul rata dan masukkan tepung.

Gaul sebati kemudian tuang dalam acuan. Jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik (tuang dalam ½ acuan je).

Tutup dengan aluminium foil agar tak masuk wap.

Kukus selama 1 ½ jam baru keluarkan. (kukus sampai masak)

hehe saya xtutup ngn aluminium foil pun;)

No comments: